Tuesday 16 April 2013

mihun soto ayam

1 bungkus mihun
4 biji tauhu (digoreng)
suhun ( digoreng)
taugeh (hiasan)
daun sup

(untuk kuah)
1 ekor ayam ( dipotong 4)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 biji bawang merah ( ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
2 biji buah pelaga
3/4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis ( yg sederhana besar)
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk kasar)
3 batang serai ( diketuk)
2 paket perencah soto ( cap mak siti ) /
2 senduk besar perencah soto (mana2 je la)

(sambal kicap)
1 genggam cili padi
3 ulas bawang putih
kicap manis
sedikit garam
3 biji limau nipis / 5 biji limau kasturi ( ikut citarasa kalau nk masam)

(begedil kentang)
500gm  kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
setengah cawan bawang goreng
daun sup
2 biji telur
sedikit minyak untuk menggoreng

cara2 ( kuah)
1. tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, dan lada hitam. tumis sampai kekuningan dan naik bau
2. Masukkan serai dan kacau sekejap. Lepas tu, masukkan perencah soto sampai agak2 dah kering dan masak. Masukkan ayam.
3.Gaulkan ayam dengan perencah soto tadi, dah terus masukkan air mengikut kuatiti yang kite nak. agak2 la periuk yg kite gune utk buat sup untuk seekor ayam (xkan sekawah kot)
4. Tutup periuk sampailah kuah mendidih dan ayam masak. Lepas tu, masukkan gula, garam, dan sedikit serbuk perasa ( kalau nk best, gune serbuk knorr ayam)
5. bila masak, angkat ayam dan relaikan sehingga halus. dan tulang2 ayam dimasukkan balik ke dalam kuah.

(sambal kicap)
1. Masukkan bawang putih, cili padi ke dalam blender. Pastu masukkan kicap sampai tenggelam cili2 kat dalam blender 2. Blend kesemua bahan tersebut
2. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau nipis dan garam mengikut citarasa

(begedil)
1. Kupas dan potong ubi kentang ( bentuk nak potong, suka ati jer. tp saya slalu ptong berbntuk wegdes)
2. Goreng ubi kentang sehingga berwarna ala2 kuning (jgn trlalu garing). Penyekkan ubi kentang semasa masa panas.
3. Bawang besar dan bawang putih di cincang dan digoreng sehingga layu.
4. Masukkan bawang goreng, serbuk lada sulah, daun sup (yg dicincang halus), bawang besar dan bawang putih ke dalam adunan ubi kentang yg telah dipenyekkan td. Dan gaulkan sehingga sebati
5. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau. bentukkan adunan ubi kentang mengikut saiz yg kita nak. pas2, celupkan ke dalam telur dan goreng.
6. perlu diingatkan, letak sikit jer minyak untuk nak menggoreng, kalau minyak terlalu banyak, bergedil kita akan lembik..


lepas semua dah siap, bleh la dihidangkan...TAARRAAAAA !!!


sebenarnya nie pic curi dari google jer..sy xingt nk snap mihun soto yang sy buat ari 2..len kali lah ye..








No comments:

Post a Comment