Saturday 20 April 2013

kerabu sotong

1 kilo sotong ( dipotong jadi gegelang)
1 kuntum bunga kantang ( yg kembang mekar) (dicincang halus)
5 batang serai (dicencang halus)
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 biji bawang merah (dicencang halus)
3 sudu cuka
2 sudu sos tiram
2 biji limau nipis
1 ikat daun sup
2 biji tomato (dipotong 12)
cili padi
garam, gula dan serbuk perasa

cara-cara
1. Masukkan air sehingga tenggelamkan sotong tapi ingat, air jangan terlalu banyak nanti kurang rasa manis sotong tu dan rebuskan.
2. Selepas siap merebus, sejukkan dahulu sotong tu sehingga menjadi agak suam. Jangan terus memasukkan bahan2 lain ketika air sotong itu masih panas, nanty boleh menyebabkan sayur2 lain akan menjadi layu
3. Masukkan bunga kantang, serai, bawang merah, dan bawang besar ke dalam sotong dan rebusannya. Kacau biar sebati. Dan masukkan sedikit garam dan cuka.
4. Bila dah sebati, masukkan sos tiram, daun sup, cili,garam, gula,serbuk perasa dan tomato.
5. Last sekali, masukkan perahan limau nipis . dan selamat menjamu selera.. ;)





taraa ... ------>>

 mcm nie la jadi nya kerabu sotong tuh..tp nie bkan yg aku buat la..aku amek dr google sbb time akuu msak, aku jrg snap pic..











No comments:

Post a Comment