Saturday 20 April 2013

kerabu sotong

1 kilo sotong ( dipotong jadi gegelang)
1 kuntum bunga kantang ( yg kembang mekar) (dicincang halus)
5 batang serai (dicencang halus)
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 biji bawang merah (dicencang halus)
3 sudu cuka
2 sudu sos tiram
2 biji limau nipis
1 ikat daun sup
2 biji tomato (dipotong 12)
cili padi
garam, gula dan serbuk perasa

cara-cara
1. Masukkan air sehingga tenggelamkan sotong tapi ingat, air jangan terlalu banyak nanti kurang rasa manis sotong tu dan rebuskan.
2. Selepas siap merebus, sejukkan dahulu sotong tu sehingga menjadi agak suam. Jangan terus memasukkan bahan2 lain ketika air sotong itu masih panas, nanty boleh menyebabkan sayur2 lain akan menjadi layu
3. Masukkan bunga kantang, serai, bawang merah, dan bawang besar ke dalam sotong dan rebusannya. Kacau biar sebati. Dan masukkan sedikit garam dan cuka.
4. Bila dah sebati, masukkan sos tiram, daun sup, cili,garam, gula,serbuk perasa dan tomato.
5. Last sekali, masukkan perahan limau nipis . dan selamat menjamu selera.. ;)





taraa ... ------>>

 mcm nie la jadi nya kerabu sotong tuh..tp nie bkan yg aku buat la..aku amek dr google sbb time akuu msak, aku jrg snap pic..











sos kicap ( untuk BBQ)

1 biji bawang besar ( dipotong dadu @ dicencang)
1 biji bawang merah (dipotong dadu @ dicencang)
sos cili
sos tomato
kicap manis
kicap pekat
cili padi ( dipotong)
limau nipis
garam, gula, serbuk perasa

1. Campurkan kesemua bahan itu, kuantiti sos cili dan sos tomato perlulah sama banyak. Kalau 3 sudu sos cili dimasukkan, maka 3 sudu jga sos tomato dimasukkan.
2. Kicap manis dimasukkan tapi jangan sampai hilang warna merah sos. 1 sudu kicap pekat dimasukkan.
3. Masukkan cili padi dan perahan limau nipis.
4. Lastly, garam, gula dan serbuk perasa dimasukkan. Pastikan sos kicap yang korang buat, ada rasa pedas, manis,masam dan sedikit masim.



TOMYAM SARDIN

1 tin sardin yang besar ( asingkan ikan dan sos tomato)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar)
4 batang serai ( diketuk)
halia (sy sendiri powm xaw nk tlis mcm mne, tp biar seimbang dgn bawang la)
2 sudu pes tomyam
1 biji bawang besar ( dipotong bulat)
2 biji limau nipis
1 atau 2 keping asam keping/ gelugor ( mengikut tahap kemasaman yg kita nak)
cili padi (citarasa)
bunga kubis ( mengikut citarasa la nak letak byk mane)
2 biji tomato (dipotong 4)
garam, gula, serbuk perasa ( sy slalu gune serbuk knorr sbb mmg sedap la)
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, serai dan halia sampai naik bau. lepas 2, masukkan sos sardin terlebih dahulu dan kacau lagi.
2. Masukkan pes tomyam dan kacau sebentar. Seterusnya masukkan 2 tin air dengan menggunakan tin sardin tadi agar segala sisa sos yang masih ada dpat kita ambil
3. Biarkan kuah sedikit menggelegak, pastu masukkan bunga kubis dan cili padi. Tunggu sehingga bunga kubis menjadi layu dan masukkan perahan air limau nipis.
4. Gula, garam dan serbuk perasa di masukkan mengikut citarasa kita lah. last sekali, masukkan ikan, tomato dan bawang besar. ikut citarasa saya, saya lebih suka buah tomato dan bawang besar tidak layu. sebab tu, tomato dan bawang besar , saya masukkan last skali dan terus tutup api.



ikan siakap 3 rasa

bahan2 :
seekor ikan siakap
tepung jagung 
garam
4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
1 incin halia (ditmbuk kasar)
3 batang serai (diketuk)
6 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cuka
garam, gula dan serbuk perasa
sayur campur (jagung, carrot dan kacang peas)

cara-cara :
1 Lumurkan tepung jagung dan garam ke atas ikan dan gorengkan di dalam minyak yang panas.Ke tepikan
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi. Kalau boleh, gunakan minyak menggoreng ikan tadi untuk menumis agar kita boleh seimbangkan rasa masin kuah. Sebab ikan tu dah kita letakkan garam terlebih dahulu
3.Masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram. Kacau biar sebati. dan masukkan serai. bila dah mula menggelegak, masukkan cuka .
4. Last sekali masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Jangan dilupa, masukkan sayur campur.
5. Kalau kuah tidak pekat, boleh masukkan sedikit tepung jagung. Tapi ingat, tepung jagung tu mesti dibancuh dengan air dulu, tp jangan guna air panas ya, nanty tepung jadi berketul2
6. dan,, siap laaa..selamat menjamu selera (y)

Wednesday 17 April 2013

DAGING BLACK PEPPER

1 mangkuk daging ( seyesly sy xreti nk anggar kan daging 2 mcm mane)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar)
black pepper/ lada hitam ( ditumbuk halus)
halia (ditumbuk kasar)
2 sudu sos tiram ( untuk memerap daging)
3 sudu kicap manis ( untuk memerap daging)
1 sudu kicap pekat ( utk memerap daging)
gula, garam, serbuk perasa

cara-cara :
1. Perapkan daging dengan sos tiram, kicap manis,kicap pekat dan black pepper ( masukkan dlm 3 sudu besar). Perap selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Masukkan 2 atau 3 sudu serbuk black pepper.. Pastu tumis sampai naik bau.
3. Masukkan daging bersama air perapannya dan kacau. kalau rasa nk masakan nie berkuah, blh tmbah sedikit air tp yang mane nak kering, xpyh tmbah air.
4. Tambah sedikit kicap pekat, kicap manis dan sos tiram seandainya masih kekurangan rasa pada masakan tdi. Perlu diingatkan, masakan daging masak black pepper nie rasa manis dan pedas. so kita blh lebihkan gula.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. dan blh diaangkat sudahh...


** gambar akan diupload bila saya masak daging black pepper nie k **

Tuesday 16 April 2013

mihun soto ayam

1 bungkus mihun
4 biji tauhu (digoreng)
suhun ( digoreng)
taugeh (hiasan)
daun sup

(untuk kuah)
1 ekor ayam ( dipotong 4)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 biji bawang merah ( ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
2 biji buah pelaga
3/4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis ( yg sederhana besar)
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk kasar)
3 batang serai ( diketuk)
2 paket perencah soto ( cap mak siti ) /
2 senduk besar perencah soto (mana2 je la)

(sambal kicap)
1 genggam cili padi
3 ulas bawang putih
kicap manis
sedikit garam
3 biji limau nipis / 5 biji limau kasturi ( ikut citarasa kalau nk masam)

(begedil kentang)
500gm  kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
setengah cawan bawang goreng
daun sup
2 biji telur
sedikit minyak untuk menggoreng

cara2 ( kuah)
1. tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, dan lada hitam. tumis sampai kekuningan dan naik bau
2. Masukkan serai dan kacau sekejap. Lepas tu, masukkan perencah soto sampai agak2 dah kering dan masak. Masukkan ayam.
3.Gaulkan ayam dengan perencah soto tadi, dah terus masukkan air mengikut kuatiti yang kite nak. agak2 la periuk yg kite gune utk buat sup untuk seekor ayam (xkan sekawah kot)
4. Tutup periuk sampailah kuah mendidih dan ayam masak. Lepas tu, masukkan gula, garam, dan sedikit serbuk perasa ( kalau nk best, gune serbuk knorr ayam)
5. bila masak, angkat ayam dan relaikan sehingga halus. dan tulang2 ayam dimasukkan balik ke dalam kuah.

(sambal kicap)
1. Masukkan bawang putih, cili padi ke dalam blender. Pastu masukkan kicap sampai tenggelam cili2 kat dalam blender 2. Blend kesemua bahan tersebut
2. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan tambahkan perahan limau nipis dan garam mengikut citarasa

(begedil)
1. Kupas dan potong ubi kentang ( bentuk nak potong, suka ati jer. tp saya slalu ptong berbntuk wegdes)
2. Goreng ubi kentang sehingga berwarna ala2 kuning (jgn trlalu garing). Penyekkan ubi kentang semasa masa panas.
3. Bawang besar dan bawang putih di cincang dan digoreng sehingga layu.
4. Masukkan bawang goreng, serbuk lada sulah, daun sup (yg dicincang halus), bawang besar dan bawang putih ke dalam adunan ubi kentang yg telah dipenyekkan td. Dan gaulkan sehingga sebati
5. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau. bentukkan adunan ubi kentang mengikut saiz yg kita nak. pas2, celupkan ke dalam telur dan goreng.
6. perlu diingatkan, letak sikit jer minyak untuk nak menggoreng, kalau minyak terlalu banyak, bergedil kita akan lembik..


lepas semua dah siap, bleh la dihidangkan...TAARRAAAAA !!!


sebenarnya nie pic curi dari google jer..sy xingt nk snap mihun soto yang sy buat ari 2..len kali lah ye..