Thursday 23 May 2013

ayam bakar black pepper

5ketul ayam
1 sudu sos black pepper
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin (kalu xde, gantikan dgn garam)
1 sudu serbuk black pepper
2 sudu gula
(kalu ada madu, bleh tmbah 2 sudu madu dan kurangkan gula)
beberapa tangkai cili padi (dihiris halus2)
sedikit air

cara-cara
1. perapkan ayam dengan semua bahan2 (sos) . perap sekurang2nya 30minit
2. Panggang ayam itu dan kuah kepada ayam itu dimasak di dalam kuali lain.
3. Tambah sedikit demi sedikit air ke dalam kuali (yang ada kuah ayam) agar kuah xkering tapi kuah jangan terlalu banyak . (kuah biar pekat)
4.Ayam yang hampir masak, di celup ke dalam kuah ayam dan dibakar semula.
5. Bakar ayam tersebut mengikut citarasa masing-masing, kalau nak ayam 2 basah, boleh celup berulang-ulang ke dalam kuah.
6. dah siapppp

kebetulan ada sosej, so wanie perap sekali la..hahah

** ayam nie powm best kalau nak makn dgn nasi ayam **

Wednesday 22 May 2013

SPAGETI SARDIN

Bahan-bahan
1/4 paket spageti ( boleh makn untk 2-3 orang dah)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 inci halia ditumbuk
1 tin kecil sardin (kuah dan ikan diasingkan)
1/2 tin air (guna sukatan tin sardin)
5 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
serbuk lada hitam (mengikut citarasa)
garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara-cara rebus spageti
1. Masukkan air (sampai tenggelam spageti) , sedikit minyak (untuk melembutkan) dan sedikit garam/ajinomoto (untuk memudahkan spageti menjadi lembut)
** biasanya, kalau saya rebus spageti tanpa letak ajinomoto, spageti 2 amek masa sejam untuk lembut tapi kalau letak ajinomoto, hnya 30minit , spageti dah lembut.**
2. Jangan lupa basuh spageti tu dgn air biasa untuk kekalkan kekenyalan spageti tu dan skaligus untuk nak basuh balik kesan garam/ajinomoto yang kita letak masa rebus



Cara-cara sos
1. Hancurkan ikan sardin (tapi jangan terlalu hancur) dan masukkan sos tomato, sos cili, kicap,dan sos tiram.Perapkan sekejap.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan kuah sos sardin dan kacau hingga mendidih. Masukkan air .
4. Selepas itu, masukkan isi ikan bersama-sama sos yang telah dicampurkan.
5. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa


3. 

SAYUR GORENG SOS TIRAM

Bahan-bahan
1mangkuk sotong/ udang
1/2 biji kubis
1 batang carrot
sawi
capsicum merah
capsicum hijau
capsicum kuning
(pilihan sayur mengikut citarasa)
sos tiram
gula
cili padi
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Rendamkan sotong dengan cili padi di dalam air panas (kalau nak lebih kuah, perlebihkan air panas)
2. Tumiskan bawang putih sampai kekuningan. dan masukkan carrot ( sayur2 yang susah nk lembut). Bila carrot dah agak lembut, masukkan kesemua sayur dan kacau.
3. Masukkan sotong dan cili padi yang direndam tadi bersama-sama air rendamannya.
4. Masukkan sos tiram sampailah kuah menjadi menepati citarasa masing (resepi ni xguna garam, so hanya masin dengan menggunakan sos tiram)
5.Last sekali masukkan gula dan...taaarraa...sudah siap ;)

** kalau sapa-sapa yang nak kuah dia pekat, boleh lah tambah tepung jagung **






SAYUR GORENG LADNA

Bahan-bahan
2 keping dada ayam (dipotong dadu)
*kalau xd ayam, boleh guna udang @ sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1/2 biji bunga kubis
1 batang carrot/ lobak merah
1/2 biji capsicum/ lada benggala merah
1/2 biji capsicum kuning
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji brokoli
(pilihan sayur mengikut citarasa)
1 kiub ayam meggi
3 tangkai cili padi ( dibelah bahagian tgh)
2 cawan air
cendawan shitake (direndam dalam air panas dan toskan untuk elak bau cendawan)
tepung jagung (untuk memekatkan)
garam 
gula
minyak untuk menumis

Cara-cara
1.Tumiskan bawang putih sehingga warna keperang-perangan, dan masukkan ayam . Bila ayam dah hampir masak, masukkan kiub ayam yang telah dipatah-patahkan atau dihancurkan.
( Kalau tak guna ayam, terus masukkan kiub ayam selepas bawang menjadi perang)
2. Masukkan bunga kubis, brokoli, carrot dan air. Biarkan sayur-sayur menjadi lembut sedikit (sayur jgn terlalu masak nanti hilang khasiatnya)
3. Bila sayur dah agak-agak lembut,masukkan capsicum, cendawan dan cili padi.Selepas itu, masukkan garam gula secukup rasa.
4. Last sekali masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 
5. Kalau boleh kuah 2 tidak lah terlalu pekat, dan terlalu cair..

~kalau nak buat kuew teow ladna, guna resepi yang sama, cuma gorengkan kueo teow dgn telur  dan campurkan dgn kuah ~

*sedia dihidang ;) *



JERUK LADA @ LADA JERUK

Bahan-bahan
lada hijau (dipotong menjadi bulat2)
* kalau guna lada burung/ cili padi xpyah potong 
garam
gula
cuka

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan2 tersebut dan kacau biar sebati.
2. Garam dan gula dimasukkan secukup rasa macam kita nak buat sambal lada (untuk makan dgn sup). 


Saturday 20 April 2013

kerabu sotong

1 kilo sotong ( dipotong jadi gegelang)
1 kuntum bunga kantang ( yg kembang mekar) (dicincang halus)
5 batang serai (dicencang halus)
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 biji bawang merah (dicencang halus)
3 sudu cuka
2 sudu sos tiram
2 biji limau nipis
1 ikat daun sup
2 biji tomato (dipotong 12)
cili padi
garam, gula dan serbuk perasa

cara-cara
1. Masukkan air sehingga tenggelamkan sotong tapi ingat, air jangan terlalu banyak nanti kurang rasa manis sotong tu dan rebuskan.
2. Selepas siap merebus, sejukkan dahulu sotong tu sehingga menjadi agak suam. Jangan terus memasukkan bahan2 lain ketika air sotong itu masih panas, nanty boleh menyebabkan sayur2 lain akan menjadi layu
3. Masukkan bunga kantang, serai, bawang merah, dan bawang besar ke dalam sotong dan rebusannya. Kacau biar sebati. Dan masukkan sedikit garam dan cuka.
4. Bila dah sebati, masukkan sos tiram, daun sup, cili,garam, gula,serbuk perasa dan tomato.
5. Last sekali, masukkan perahan limau nipis . dan selamat menjamu selera.. ;)





taraa ... ------>>

 mcm nie la jadi nya kerabu sotong tuh..tp nie bkan yg aku buat la..aku amek dr google sbb time akuu msak, aku jrg snap pic..











sos kicap ( untuk BBQ)

1 biji bawang besar ( dipotong dadu @ dicencang)
1 biji bawang merah (dipotong dadu @ dicencang)
sos cili
sos tomato
kicap manis
kicap pekat
cili padi ( dipotong)
limau nipis
garam, gula, serbuk perasa

1. Campurkan kesemua bahan itu, kuantiti sos cili dan sos tomato perlulah sama banyak. Kalau 3 sudu sos cili dimasukkan, maka 3 sudu jga sos tomato dimasukkan.
2. Kicap manis dimasukkan tapi jangan sampai hilang warna merah sos. 1 sudu kicap pekat dimasukkan.
3. Masukkan cili padi dan perahan limau nipis.
4. Lastly, garam, gula dan serbuk perasa dimasukkan. Pastikan sos kicap yang korang buat, ada rasa pedas, manis,masam dan sedikit masim.