Wednesday 22 May 2013

SAYUR GORENG LADNA

Bahan-bahan
2 keping dada ayam (dipotong dadu)
*kalau xd ayam, boleh guna udang @ sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1/2 biji bunga kubis
1 batang carrot/ lobak merah
1/2 biji capsicum/ lada benggala merah
1/2 biji capsicum kuning
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji brokoli
(pilihan sayur mengikut citarasa)
1 kiub ayam meggi
3 tangkai cili padi ( dibelah bahagian tgh)
2 cawan air
cendawan shitake (direndam dalam air panas dan toskan untuk elak bau cendawan)
tepung jagung (untuk memekatkan)
garam 
gula
minyak untuk menumis

Cara-cara
1.Tumiskan bawang putih sehingga warna keperang-perangan, dan masukkan ayam . Bila ayam dah hampir masak, masukkan kiub ayam yang telah dipatah-patahkan atau dihancurkan.
( Kalau tak guna ayam, terus masukkan kiub ayam selepas bawang menjadi perang)
2. Masukkan bunga kubis, brokoli, carrot dan air. Biarkan sayur-sayur menjadi lembut sedikit (sayur jgn terlalu masak nanti hilang khasiatnya)
3. Bila sayur dah agak-agak lembut,masukkan capsicum, cendawan dan cili padi.Selepas itu, masukkan garam gula secukup rasa.
4. Last sekali masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 
5. Kalau boleh kuah 2 tidak lah terlalu pekat, dan terlalu cair..

~kalau nak buat kuew teow ladna, guna resepi yang sama, cuma gorengkan kueo teow dgn telur  dan campurkan dgn kuah ~

*sedia dihidang ;) *



No comments:

Post a Comment